LATAR BELAKANG
Unit Hal Ehwal Murid merupakan unit yang bertanggungjawab mengendalikan kebajikan murid-murid sekolah Menengah dan Rendah;
- Memupuk nilai-nilai dan amalan disiplin yang baik dikalangan murid-murid sekolah
- Meningkatkan suasana pengajaran dan pembelajran yang menggalakkan dan prestasi bidang rohani serta akademik di sekolah-sekolah
- Merancang dan menyelaraskan segala aktiviti dan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah menengah dan rendah
- Melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru dengan sempurna menerusi Skim Bantuan Biasiswa dan Skim Pinjaman Buku Teks untuk dinikmati oleh semua murid warganegara Malaysia
- Memberikan bantuan pelajaran berdasarkan syarat tertentu melalui Kumpulan Wang Amanah dan Rancangan Makanan Tambahan
- Mengurus dan menyediakan kemudahan asrama dengan memberi tumpuan kepada kebajikan murid
- Memastikan dan memantau setiap sekolah untuk memastikan setiap sekolah melaksanakan program-program yang berkaitan dengan pelajar dapat berjalan dengan baik dan berkesan.
OBJEKTIF
- Mempastikan supaya segala urusan dan pentadbiran bagi kebajikan murid-murid di negeri ini berjalan dengan sempurna, sistematik dan selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.
- Melahirkan murid- murid yang berkemahiran dan memahami potensi diri, mampu menentukan hala tuju diri dan mampu memberi sumbangan bagi kesejahteraan masyarakat bangsa dan negara
- Menuju ke arah “Kecacatan Sifar” (Zero Defect) dalam hal-hal disiplin dan tingkahlaku negatif pelajar.
- Menentukan pengagihan yang seadil-adilnya dalam pemberian Biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan / Program Susu Sekolah (RMT/PSS), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
- Menyelia dan meningkatkan suasana yang harmoni, selesa dan kondusif untuk pembelajaran murid - murid asrama sekolah.
- Memastikan mutu kesihatan murid sentiasa memuaskan melalui Rancangan Makanan Tambahan / Program Susu Sekolah dan kebersihan Dewan Makan dan Kantin Sekolah.
- Memastikan tindakan segera yang sewajarnya diambil oleh pihak sekolah dan lain-lain agensi untuk menangani hal-hal kebajikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan murid.
- Menyelaras dan memajukan hubungan dengan Jabatan-jabatan Kerajaan dan Badan-badan Sukarela yang ada kaitan dengan hal ehwal murid.
- Meningkatkan bidang profesional guru-guru dalam aspek menangani perkara-perkara yang ada kaitan dengan hal ehwal murid.
- Memperkemaskan struktur Unit Hal Ehwal Murid dari segi pentadbiran, perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian.
FUNGSI
Merancang,melaksana dan memantau semua program-program pembangunan modal insan yang dipertanggungjawabkan :-
- Merancang, mengurus dan menyelaras program-program kesihatan dan kebajikan
- Merancang, memantau dan menyelaras program berkaitan masalah disiplin dan salah laku disiplin murid
- Pengurusan Biasiswa BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan)
- Mengurus pesanan, agihan dan memantau pengurusan SPBT di sekolah
- Memantau dan membuat seliaan terhadap pengurusan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
- Merancang, menyediakan ABM asrama harian
- Mengurus dan memantau perbelanjaan peruntukan ABM
No comments:
Post a Comment