Pengurusan Kantin

Kantin Sekolah

a) Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.

b) Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.

c) Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.

d) Pihak pentadbir sekolah perlu melaporkan kes keracunan makanan ke JPN Kelantan dengan kadar segera sebaik sahaja menerima aduan daripada murid.

e) Guru-guru juga bertanggungjawab  menasihatkan  para  murid supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual diluar kawasan sekolah.

f) Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian hendaklah berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.


g) Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas.


No comments:

Post a Comment